Usia Enam Puluhan. Selamat menempuh Gerbang Usia Emas.

{
Adakah kita sentiasa membesar?

Jawapannya tidak. Badan kita akan mula menguncup atau mengecut pada usia mungkin 50 tahun dan ke atas. Semuanya akan mengecut termasuk organ-organ penting seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan otak. Yang membesar mungkin prostat je itu pun bagi orang lelaki je. Paling ketara yang kita lihat adalah kulit dan rambut. Kecutnya kulit kita dan putihnya rambut kita begitulah juga otak kita. Dalam usia ini sel otak kita akan mula mati dan otak akan mula mengecut yang akan menyebabkan otak tidak boleh berfungsi secara optimum. Dulu-dulu orang tua kita kata banyak wire yg dah short.
}

http://suaraislamik.blogspot.my/2013/07/kebenaran-islam-dalam-sains-tua-dan.html?m=1

Berdasarkan pertimbangan itu, para penyelidik melihat bahawa penuaan adalah satu proses normal pada setiap benda yang hidup. Itu adalah satu cara manusia mengakhiri hidup ini secara normal iaitu mati.

Oleh kerana itu para saintis hanya mampu mengesyorkan pengambilan makanan yang seimbang, bersenam dan hindari rokok kerana amalan hidup yang sihat ini boleh melambat-kan proses penuaan. Namun hakikatnya tua pasti akan datang. Bila sampai masanya, ia akan hadir tanpa disedari. Habit yang sihat itu telah dibuktikan boleh mengurangkan kemusnahan sel yang disebabkan oleh proses penuaan pada DNA.

Di dalam DNA itu ada segala maklumat tentang kehidupan dan kematian kita. Gen penuaan pula iaitu telomere yang bertanggungjawab menjaga rantaian DNA, memiliki kepanjangan tertentu. Ia akan menjadi semakin pendek dan pendek setiap kali berlaku pecahan sel hinggalah sampai satu tahap sel itu mati.

Telomere adalah penemuan terbaru para saintis yang mengkaji proses biologi manusia, namun hadis Nabi Muhammad s.a.w. telah lama membicarakan tentang tua yang tidak ada ubatnya. Nabi sudah menjelaskan bahawa apabila sampai masanya, tua akan datang dan tidak ada ubat yang boleh menghalangnya. Pada wajah mungkin dapat dielak daripada kelihatan tua namun pada usia sel, ia tidak mampu ditahan. Proses itu akan terus berjalan secara semula jadi.

Ini juga membuktikan kebenaran firman Allah, yang bermaksud,

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.”- surah Al-Mulk: 2.

Menurut Profesor Lee Silver dari Universiti Princeton, AS, setiap usaha untuk mengekalkan sesuatu adalah melawan fitrah alam. Kematian adalah selari dengan pembangunan (reproduction). Kita me-wariskan gen kepada generasi berikut-nya. Jika kita tidak mati maka kita akan mengorbankan anak-anak kita untuk hidup dan ini tentunya tidak baik untuk perkembangan pembangunan. Setiap yang hidup pasti akan mati, itulah hukum alam yang telah ditetapkan. Semuanya telah dijelaskan di dalam al-Quran,

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan. Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka menangguhkan dan tidak dapat pula mereka meminta mendahulukannya walau sesaat jua pun.” – surah al-Araaf:34.

{
Peringkat kitaran hayat manusia.

Surah 30. Ar-Room, Verse 54:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

Translation:
Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

30:54. GOD is the One who created you weak, then
granted you after the weakness strength, then substituted after the strength weakness and gray hair. He creates whatever He wills. He is the Omniscient, the Omnipotent.

Surah 22. Al-Hajj, Verse 5:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ

Translation:
Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

22:5. O people, if you have any doubt about resurrection, (remember that) we created you from dust, and subsequently from a tiny drop, which turns into a hanging (embryo), then it becomes a fetus that is given life or deemed lifeless. We thus clarify things for you. We settle in the wombs whatever we will for a predetermined period.* We then bring you out as infants, then you reach maturity. While some of you die young, others live to the worst age, only to find out that no more knowledge can be attained beyond a certain limit. Also, you look at a land that is dead, then as soon as we shower it with water, it vibrates with life and grows all kinds of beautiful plants.

Apabila umur telah meningkat tua dan otak telah mula mengecut, kekuatan fizikal akan menjadi lemah. Otak pun menjadi lemah. Otak yang lemah akan menyebabkan organ-organ penting lemah berfungsi. Ingatan dan pemikiran juga makin lama makin lemah sehingga ke satu tahap kita akan menjadi nyanyuk dan tidak mengetahui apa. Kita akan mula hilang pertimbangan. Pertimbangan fizikal dan emosi. Kita akan merasakan sesuatu perkara itu baik pada pertimbangan kita tetapi sebenarnya tidak. Semua yg orang lain lakukan kita dapati serba tak kena tetapi sebenarnya kitalah yg menjadikannya sedemikian.

Sahabat sekelian dan juga diri sendiri kita semua terimalah hakikat ini. Jadi apa yg saya tulis dan apa yg sahabat semua tulis belum tentu mempunyai nilai yg tinggi lagi pada masa akan datang. Kemungkinan nilainya hanya seposen sahaja yg kita beranggapan amat tinggi nilainya. Saya berharap dengan beradanya kita di ambang 6 puluhan ini saya dengan rendah diri memohon kepada sahabat dan diri ini untuk mengurangkan perkara yg tidak berfaedah tetapi terus menerus mengerjakan KEBAJIKAN sehingga ke akhir hayat.

Saya juga berharap supaya tulisan saya ini bukanlah sesuatu yg merapu. Mohon ampun dan maaf dari sahabat-sahabat sekelian. Semoga Allah mencukupkan RahmatNya dan menganugerahkan kepada kita sekelian Kesihatan Sepanjang Hayat.

Terima Kasih.

Wassalam.

Kepten@z
1 Jan 2017

Yg dalam curly bracket dpd saya kecuali AlQuraan dan terjemahannya.
}

Andaikata kita sbg mak mertua dlm kisah ini atau pun sesiapa sahaja.

http://ceritapnut.blogspot.my/2011/01/sharing-is-caring-jaga-orang-tua.html?m=1

Yg ini diterima dari kamar sebelah.

👪Anakku…

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

😔Anakku…
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
“mak pekak ke?”,
“mak bisu ke? ”
“tak dengar ker??”..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA…

😟Anakku…
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

😣Anakku…
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

😷Anakku…
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

😭Anakku….
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Pemergianku ini mungkin satu hari atau setengah hari sahaja.
Semoga kita diketemukan nanti di Hari Pengadilan
Terima kasih banyak-banyak kerana mencintai aku….
Terima kasih banyak-banyak kerana telah menjagaku…
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

🔴Menjadi iktibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada group keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab kita tak nak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka……….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s