SALAM SALAM

Ini yang saya terima melalui Whatsapp. Ulasan saya di akhir artikel ini. Thanks.

https://lamanbahasa.wordpress.com/2012/02/09/penggunaan-salam-yang-betul/

PENGGUNAAN ‘SALAM’ YANG BETUL
ON FEBRUARY 9, 2012 BY LAMANBAHASA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Saya telah menerima e-mel dari seorang rakan yang mengingatkan kita tentang penggunaan salam yang betul)

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? Apakah maksud disebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:”Salam
(selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Oleh itu adalah baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH…

Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhiwabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan – “Assalamualaikum” dan…Jawab salam – “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye” …
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer”.

Kata-kata ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”
dengan “A’kum” dalam SMS atau apa-apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sama-samalah kita mengingatkan rakan-rakan yang selalu sangat guna perkataan “A’kum” dalam SMS ataupun e-mel. Perkataan ‘AKUM’ ialah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani iaitu singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar ‘shortform’ “A’kum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum”. Jangan guna “A’kum” kerana”A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana”Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan” As Salam” sebagai singkatan bagi”Assalammualaikum.”

Sama-samalah kita saling mengingat sesama Islam agar dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dan dosa.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

{
Berikut adalah kupasan daripada saya mengenai penggunaan perkataan SALAM. Nak pendekkan cerita Allah swt sendiri menggunakan SALAM semasa di Syurga nanti.

@Salam Semua. Untuk Renungan Bersama.

1. Sebutan ‘Alaikum Mussalam terdapat dalam ayat ini.

Surah 4. An-Nisa, Verse 94:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَعِندَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ كَذَٰلِكَ كُنتُم مِّن قَبْلُ فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوا إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Translation:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan “salam” kepadamu: “Kamu bukan seorang mukmin” (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, karena di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

2. Ucapan Salam semasa di dalam Syurga.

Surah 10. Yunus, Verse 10:

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Translation:
Do’a mereka di dalamnya ialah: “Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: “Salam”. Dan penutup doa mereka ialah: “Alhamdulilaahi Rabbil ‘aalamin”.

3. Ucapan Salam Mualaikum ketika memasuki Syurga.

Surah 13. Ar-Rad, Verse 24:

سَلَامٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

Translation:
(sambil mengucapkan): “Salamun ‘alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.

4. Hanya ucapan Salam di Syurga.

Surah 19. Maryam, Verse 62:

لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

Translation:
Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam surga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezekinya di surga itu tiap-tiap pagi dan petang.

5. Salam penghormatan ialah Salam.

Surah 33. Al-Ahzab, Verse 44:

تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا

Translation:
Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.

6. Salam dari Allah Tuhan yang Penyayang.

Surah 36. Ya Seen, Verse 58:

سَلَامٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ

Translation:
(Kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.

7. Salam Selamat Tinggal.

Surah 43. Az-Zukhruf, Verse 89:

فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

Translation:
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

8. Salam Salam semasa di Syurga.

Surah 56. Al-Waqia, Verse 26:

إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا

Translation:
akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.

}

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s