Kalimat sujud di dalam al-Qur’an

http://www.e-bacaan.com/kalimat_sujud.htm
Sujud diterjemah daripada kalimat sajada yang sama akar dengan Masjid. Sajada bermaksud to bow down, to bow in worship, to prostrate oneself, prostration, bowing down (in worship), one who bows down, who prostrates himself. Atau bermaksud, dengan ringkas, tunduk atau sujud.
Ayat-ayat al-Qur’an mengandungi perkataan “sujud” adalah:
2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antara orang-orang tidak percaya (kafir).
2:58. Dan apabila Kami berkata, “Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakan, ‘Tidak membebankan’; Kami akan ampunkan kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik.”
2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, “Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat.” Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, “Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.”
(tunduk dan sujud adalah dua perkara berlainan – terdapat juga pada ayat-ayat lain)
3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, sujudlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk.”
3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
4:154. Dan Kami naikkan di atas mereka Gunung, ambil perjanjian mereka, dan Kami kata kepada mereka, “Masuklah pintu gerbang dengan bersujud”, dan Kami kata kepada mereka, “Jangan cabuli Sabat”; dan Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh.
7:11. Kami cipta kamu, kemudian Kami bentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukan daripada orang-orang yang sujud.
7:12. Berkatalah Dia, “Apakah yang halangi kamu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu?” Berkata, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.”
7:120. Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri, bersujud.
7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Tinggallah di bandaraya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu hendaki; dan katakan, ‘Tidak membebankan’; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan ampun kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik.”
7:206. Sesungguhnya orang-orang yang di sisi Pemelihara kamu tidak sombong untuk menyembah-Nya; mereka lafazkan sanjungan-Nya, dan kepada-Nya mereka sujud.
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang yang menjaga had-had (hudud) Allah – dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
12:4. Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, “Ayah, saya lihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya lihat mereka sujud kepada saya.”
12:100. Dan dia naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, “Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
13:15. Kepada Allah sujud segala di langit dan bumi, dengan rela atau benci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.
15:29. Apabila Aku sudah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu bersujud kepadanya.
15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.
15:31. Kecuali Iblis; ia enggan untuk menjadi antara orang-orang yang sujud.
15:32. Berkatalah Dia, “Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?”
15:33. Berkata, “Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.”
15:98. Dan sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud,
16:48. Tidakkah mereka renungkan segala sesuatu yang Allah ciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan rendah diri?
16:49. Kepada Allah sujud segala di langit, dan tiap-tiap makhluk yang merayap di bumi, dan para malaikat. Mereka tidak sombong.
17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, “Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?”
17:107. Katakanlah, “Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,
18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!
19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka – para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.
20:70. Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri-diri mereka, bersujud. Mereka berkata, “Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan Musa.”
20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.
22:18. Tidakkah kamu lihat bagaimana kepada Allah sujud segala di langit, dan segala di bumi, dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-gunung, dan pokok-pokok, dan haiwan-haiwan, dan ramai daripada manusia? Dan ramai, wajarlah azab ke atas mereka; dan sesiapa yang Allah hinakan, maka tiada yang muliakannya. Sesungguhnya Allah buat apa sahaja Dia hendaki.
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, “Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.
25:60. Tetapi apabila dikatakan kepada mereka, “Sujudlah kamu kepada Yang Pemurah”, mereka berkata, “Dan apakah ia Yang Pemurah? Adakah kami akan sujudkepada apa yang kamu perintahkan kami?” Dan ia menambahkan mereka dalam pelarian.
25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.
26:46. Maka ahli-ahli sihir lemparkan diri, bersujud.
26:219. Dan apabila kamu berbalik-balik antara orang-orang yang sujud.
27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,
27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang keluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan.
32:15. Orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak sombong.
38:72. Apabila Aku telah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu sujud kepadanya!”
38:73. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya,
38:75. Berkata, “Wahai Iblis, apakah yang halangi kamu daripada sujud kepada apa yang Aku telah cipta dengan tangan-Ku Sendiri? Adakah kamu menyombong, atau kamu termasuk orang-orang yang tinggi?”
39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, “Adakah mereka sama – orang-orang yang tahu dengan orang-orang yang tidak tahu?” Hanya orang-orang empunya minda mengingati.
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil – seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar.
50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.
53:62. Maka kamu sujudlah kepada Allah, dan sembahlah!
55:6. Dan bintang-bintang dan pokok-pokok bersujud,
68:42. Pada hari apabila betis disingkap, dan mereka diseru untuk bersujud, tetapi mereka tidak boleh.
(betis menyebabkan tidak boleh sujud)
68:43. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera.
76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.
84:21. Dan apabila al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka tidak sujud?
96:19. Tidak sekali-kali! Janganlah kamu taatinya, dan sujudlah, dan dekatkanlah.
~ A Concordance of the Qur’an muka surat 1067
Kalimat Pilihan
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles 
Tulis kepada Pengurus Laman

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s