🕌*DARI SEBUAH ANALISA KEHIDUPAN, MENGAPA AYAH SERING TERBIAR DI HARI TUA NYA- untuk renungan oleh ayah, ibu dan anak-anak cucu…..*🕌

{
Ini yg ditularkan dalam Whatsapp.
Ulasan saya selepas artikel ini.
}

*1. Dalam kehidupan sebuah keluarga, ada 3 fasa pembahagian kuasa.*

*2. Fasa pertama, ialah 25 tahun pertama, dimana KEKUASAAN BERADA DI TANGAN AYAH.*

*3. Fasa kedua apabila anak-anak sudah membesar dan mula bekerja. Pada fasa ini KEKUASAAN BERPINDAH KEPADA IBU .*

*4. Fasa ke-tiga apabila anak-anak mula keluar dari rumah, memulakan kehidupan keluarga sendiri, dimana KEKUASAAN BERPINDAH KEPADA ANAK-ANAK.*

*5. Pada fasa pertama, bapa adalah bos, melaksanakan peraturan dan hukuman dengan keras, menentukan apa yang harus berlaku atau sebaliknya. Anak-anak lebih merasa takut kepada ayahnya berbanding dari merasa sayang kepadanya. Perasaan ini juga bersebab, lantaran ayah menyediakan keperluan.*

*6. Pada fasa kedua, kuasa berpindah kepada ibu. Apabila anak-anak ada pendapatan sendiri, dan atas sebab tertentu, mereka memilih untuk menjaga ibunya dan lebih rapat dengan ibunya.*

*7. Pada fasa ayah mempunyai kekuasaannya, beliau sibuk dengan kerjayanya dan keperluan lain. Tidak ada banyak masa untuk berkawan dengan anak-anak.*

*8. Anak-anak lebih banyak bersama ibunya, justeru lebih rapat. Mereka juga melihat diri mereka dan ibu mereka sebagai sama-sama menjadi mangsa kepada kekerasan ayah mereka.*

*9. Pada fasa ini, ibu menjadi tempat tumpuan. Ibulah yang pertama tahu apa berlaku kepada anak-anaknya. Di sini ibu mempunyai kelebihan berbanding ayah.*

*10. Contohnya, jika anak perempuan melahirkan anak, ibu yang sering menjaga cucunya, justeru ibu mendapat banyak hadiah dari anak-anak.*

*11. Pada peringkat ini, si-ayah mengharapkan tahap perhubungan dengan anak-anak seperti yang dinikmati oleh ibu mereka, tetapi tidak mungkin….*

*12. Pada fasa ini, olih kerana ibu tidak lagi banyak bergantung kapada ayah untuk keperluan sendiri, ibu bertambah tidak dapat menerima kepimpinan keras si- ayah. Bermula lah pergeseran.*

*13. Pada fasa ketiga, yaakni fasa terakhir, kuasa berpindah kepada anak-anak. Anak-anak sudah berdikari, cukup keperluan diri dan memulakan keluarga sendiri.*

*14. Pada fasa ini, apabila ada pergaduhan antara ibu dan ayah, anak-anak lebih cenderung memihak kepada ibunya. Lantaran, mereka berperasaan sama sama diinianya sekian lama olih ayah mereka.*

*15. Ada anak-anak yang datang ke rumah memberi amaran kepada ayah mereka supaya tidak “menggangu” ibu mereka. Sentimen ini menular kepada ahli keluarga yang lain .*

*16. Awas sang ayah, jika kewangan/ perekonomian anda tidak mantap pada fasa ini, anda tidak akan diindahkan dan terpaksa akur dengan tindak tanduk mereka. Anda sedang berlawan dengan satu perkumpulan yang nyata wujudnya.*

*17. Ini menyebabkan banyak lelaki jatuh sakit diakhir kehidupan, dan berhadapan dengan berbagai kimplikasi… stroke, hipertensi, tekanan darah tinggi… Sang ayah merasa tidak lagi punya tahap hubungan yang diharapkan dengan anak-anak dan isteri, meski anda berada dalam sebuah keluarga yang besar.*

*18. Wahai kaum lelaki, sementara kuasa ada ditangan anda, gunakan dengan berhikmah untuk masa depan diri sendiri. Kekuasaan itu tidak akan berterusan bersama dengan anda.*

*19. Dengan cara anda melayani isteri anda sekarang, bagaimana nanti jika kekuasaan berpindah kepada isteri anda?.*

*20. Nilai perhubungan yang macam mana yang anda ada dengan ayah anda?. Ayah yang penyayang atau ayah yang keras/garang tetapi memuaskan keperluan anda?.*

*21. Wahai sang ayah, ingatlah, anak-anak sentiasa memihak kepada ibunya. Lakukan secukupnya untuk persediaan masa depan, dan beri perhatian yang sewajarnya kepada apa jua pergolakan keluarga.*

*22. Bijaklah melabur untuk masa depan sendiri agar anda tidak perlu meminta minta penjagaan diri. Bagus macam mana pun usaha dan persiapan anda, anda akan akhirnya keseorangan.*

*NASIHAT KEPADA ANAK-ANAK: ADALAH TIDAK BAIK MEMBIARKAN AYAH ANDA YANG TELAH BERSIKAP KEDEKUT UNTUK DIRINYA DAN BERKORBAN, DALAM MENYEDIAKAN KEHIDUPAN UNTUK ANDA, YANG MENJADIKAN ANDA SEBAGAIMANA SEKARANG. HORMATI KEDUA IBUBAPA ANDA, JAGALAH MEREKA DI HARI TUA MEREKA. SEPERTI ITU JUGALAH ANDA AKAN MENUAI KEBAIKAN DI HARI TUA ANDA. JANGAN BIARKAN KEDUA IBUBAPA ANDA TIDAK TERJAGA, AGAR IA DAPAT MENGELAKKAN ANDA DARI MENDAPAT BALASAN YANG SERUPA DI HARI TUA ANDA.*

*NASIHAT KEPADA IBU-IBU: JANGAN MENGHASUT ANAK-ANAK ANDA DENGAN MEMBURUKKAN DAN MENENTANG AYAH MEREKA.*

*Keibubapaan itu adalah sangat sukar meski ia menyeronokan. Kerana tidak ada manual sempurna untuk dirujuk dan dipraktikkan. Semoga Tuhan memberi pertolongan, taufik, hidayah, ilmu, kefahaman dan ilham yang berguna untuk kita semua menjalani kehidupan.*

{
Satu pembentangan kerja yang lemah. Tidak dibuat secara ilmiah. Contoh tidak disertakan rujukan dari mana fakta dan statistik diperolehi. Kemungkinan perkara yg diketengahkan hanya berlaku pada diri penulis atau / dan kawasan persekitaran si penulis sahaja. Ayat-ayat AlQuran dan Hadis tidak langsung digunakan untuk menghujah perkara yg dibangkitkan. Rujukan buku ilmiah atau rujukan web juga langsung tidak digunakan. Sekian komen seposen saya.

Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Surah 66. At-Tahrim, Verse 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Translation:
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

66:6. O you who believe, protect yourselves and your families from the Hellfire whose fuel is people and rocks. Guarding it are stern and powerful angels who never disobey GOD; they do whatever they are commanded to do.

Adalah menjadi tanggung jawab anak untuk menjaga dan menghormati ibu bapa.

Surah 17. Al-Isra, Verse 23:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Translation:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

17:23. Your Lord has decreed that you shall not worship except Him, and your parents shall be honored. As long as one or both of them live, you shall never say to them, “Uff” (the slightest gesture of annoyance), nor shall you shout at them; you shall treat them amicably.
}

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s