Taubat diterima atau tidak.

{
Adakah kita perlu percaya dengan tazkirah yg diedarkan melalui Whatsapp sebegini? Hadis dan kisah yg diketengahkan langsung tidak mempunyai riwayat atau sanad yg diperlukan. Kita sepatutnya menjauhi jenis-jenis tazkirah sedemikian. Ulasan saya selepas artikel ini.
}

Setiap hamba Allah akan sentiasa melakukan perkara – perkara yang dilarang oleh Allah swt ( maksiat ). Untuk menghalang kita melakukan perkara yang dilarang ( maksiat ) kita perlu sentiasa ingat pesan Rasulullah saw ,yang memberi pengertian iaitu untuk menghindari maksiat kita mesti ada rasa MALU ( perbuatan maksiat kita, bagaimana kalau orang tahu ).
Rasulullah saw juga berpesan supaya kita banyakkan mengerjakan solat sunat terutama diwaktu 2/3 malam dan tinggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt.

Untuk berubah / bertaubat, kita mesti berubah/bertaubat dari diri kita sendiri ( berhijrah ). Halangan yang paling kuat dan untuh untuk kita berubah / bertaubat adalah diri kita sendiri. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kita hendaklah sentiasa ingat dan pegang dengan janji Allah swt, kerana janji Allah itu benar dan 100 % ditunaikan seperti Rasulullah saw bersabda " Sesiapa yang meninggalkan yang haram, maka Allah akan gantikan dengan yang halal."

SIAPA YANG MASIH TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH TAUBAT / BERUBAH DIRINYA.
1. Tidak mahu tambah ilmunya.
2. Ibadat dan amalan tidak bertambah ( malas membuat ibadat ).
3. Jiwa suka bergaduh dan benci serta dengki dengan orang lain.
4. Pakaiannya tidak berubah ( tidak ikut ajaran agama islam ).
5. Makanan dan minuman datang dari sumber haram.
6. Masih berkawan dengan orang yang tak baik / senonoh dan jahat.
7. Panjang dan banyak tidor.
8. Bercakap sentiasa bohong, lara', tak baik, sombong dan bercakap yang menyakiti hati orang.

KESIMPULAN
Untuk kita dalam perubahan dan bertaubat, kita perlu ikut saranan Rasulullah saw ia itu :-
1. Perlu pindah tempat, yakni dari tempat sekarang ke tempat lain.
2. Bertaubatlah sebanyaknya kepada Allah swt.
Seperti diriwayatkan oleh baginda Rasulullah saw " Ada seorang pemuda telah membunuh 99 orang, apabila pemuda berkenaan berjumpa dengan seorang ustaz, bertanya Allah ampun tidak dosanya maka ustaz itu menjawab yang Allah tidak mengampun dosanya lalu pemuda itu membunuh ustaz itu menjadi 100 orang yang dibunuhnya. Kemudian dia pergi lagi berjumpa dengan ustaz yang lain, mengatakan yang dia telah membunuh 100 orang, adakah Allah boleh mengampunkan dosanya, ustaz itu menjawab sekiranya kamu membunuh seisi dunia ini Allah tetap mengampun dosa kamu dengan syarat kamu pindah ke tempat ( kampung ) lain dan bertaubat sebenar taubat kepada Allah swt "

Dari itu marilah kita mengambil iktibar dari cerita diatas untuk kita bertaubat dan berubah menjadi insan yang diredhai Allah swt kerana Allah sentiasa menerima taubat hambanya.

Jadikan yang sunat itu seperti fahaman berikut :

SUNAT BUAT DAPAT PAHALA TAK BUAT RUGI
Bukan
SUNAT BUAT DAPAT PAHALA TAK BUAT TAK APA

Semoga sedikit tazkirah ini dapat mengubah dan membetulkan keadaan nasib diri kita.
Yang salah dari saya , yang benar dari Allah swt, mohon ampun dan maaf.

Sekian, Terima kasih. Aamiin

{
Taubat diterima jika tidak mengetahui tentang dosa berkenaan. Apabila telah mengetahui bahawa perbuatan itu adalah berdosa dan terus melakukannya, maka taubatnya tidak diterima lagi.

Surah 17. Al-Isra, Verse 33:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا

Translation:
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.

17:33. You shall not kill any person—for GOD has made life sacred—except in the course of justice. If one is killed unjustly, then we give his heir authority to enforce justice. Thus, he shall not exceed the limits in avenging the murder, he will be helped.

Surah 4. An-Nisa, Verse 17:

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Translation:
Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Surah 4. An-Nisa, Verse 18:

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَٰئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Translation:
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

4:17. Repentance is acceptable by GOD from those who fall in sin out of ignorance, then repent immediately thereafter. GOD redeems them. GOD is Omniscient, Most Wise.
4:18. Not acceptable is the repentance of those who commit sins until death comes to them, then say, "Now I repent." Nor is it acceptable from those who die as disbelievers. For these, we have prepared a painful retribution.
}

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s